Khamis, 14 Januari 2016

Review Novel : Tundukkan Playboy Itu by Anjell

Assalamualaikum..

Novel : Tundukkan Playboy Itu
Penulis : Anjell 
Harga : S/M RM 29.00
         S/S RM 32.00


Dah lama rasanya Zati tak buat review novel ni haha.. kali ini novelnya adalah Tundukkan Playboy Itu karya daripada novelis Anjell.. Novel "TPI" ini adalah karya ketiga beliau dimana karya pertama beliau ialah Eksperimen Cinta dan karya kedua beliau ialah Suamiku Paling Sweet . Zati dah baca semua karya beliau , memang best , menarik , seronok dan tidak bosan nak baca .

Cerita ini mengisahkan Nurin Aressa yang mennggangur selepas tamat pengajian , so dia tiada kerjalah kan, jadi kebetulan kawan ayahnya ada beri peluang pekerjaan di syarikat anaknya iaitu Harraz Holdings. Jadi Nurin pun cubalah nasib kat syarikat anak kawan ayahnya. Tapi bila Nurin interview dia jadi marah sebab pemilik Harazz Holdings ini meletakkan syarat yang tidak logik iaitu tidak memakai tudung.

Atas sebab syarat tak logik tu, Nurin tidak bekerja di syarikat Harraz , ada tapi lagi.. Harraz terpaksa juga ambil Nurin sebagai pekerja syarikatnya atas desakan ayahnya..Nak tahu apa yang terjadi sepanjang Nurin Aressa berkerja dengan Harraz Naufal ni . Apa lagi belilah lagipun novel ini akan didramakan di TV3 Slot Akasia.


SCENES BEST :
"Tak..Aku tak ingat kau.Aku tak pernah kenal orang nama Elfira ke, El ke. El yang aku kenal cuma L Infinite kumpulan Kpop tu aja," balas Nurin.


"Heart attack you almost give me! Sistem refleks dalam badan kau terencat ke apa ? tak reti nak mengelak ke? kalau aku tiada tadi , kau dah mati tahu?!" marah betul Harraz pada Nurin


p/s: Taniah kepada Anjell kerana ketiga-tiga novel beliau akan didramakan. Hope cerita Tunddukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet berjaya seperti drama Eksperimen Cinta.

Sekian, Nur Nadheera

4 ulasan:

  1. waaa~ suami karya dia best sangat! I'm waiting for next novel.

    BalasPadam
  2. omg nadh, saya nak sgt tgk cerita ni xsbr. n saya nak tgk sbb ada hafidz roshdi tapi nak baca novel dlu. huhuhu nak novelll

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Hero untuk drama ini memang superb. Zati pun x sabar nk tgk.. He he..

      Padam