Assalamualaikum,
semua!
Sihat? Zati
harap korang semua sihat dalam musim COVID19 ni, jaga kesihatan and jaga diri
okay! Pastikan korang selalu basuh tangan and pakai hand sanitizer dan mask
jika perlu okay! Disebabkan Zati bosan yang amat duduk kat rumah ni, jadi Zati
rajin lah nak buat FAQ QUESTION ABOUT DPA ni.
Since
sekarang pun musim, budak-budak SPM 2019 tengah sibuk mencari information pasal
course untuk sambung pengajian di Universiti atau Matrikulasi, jadi zati nak
buat sikit slot FAQ sikit. Kalau sebelum ni, zati ada pos pasal DIPLOMA
PENTADBIRAN AWAM di UiTM dan ada tinggalkan Twitter username dekat blog, ramai
budak-budak SPM DM zati nak Tanya pasal DPA ni.
Alhamdulillah
korang ada minat jugak nak tahu pasal course ni! Oh sebelum tu nak cakap TANIAH
kepada batch SPM2019 sebab berjaya dapat keputusan yang baik. Ingat, SPM ni
bukanlah punca utama kehidupan korang, tetapi SPM tu adalah langkah pertama
untuk korang mulakan hidup okay! Satu jer zati nak cakap,
"PERCAYA
PADA DIRI SENDIRI DAN YAKIN KORANG BOLEH BUAT! JANGAN RASA LIFE UNIVERSITI NI
SUSAH! KORANG KENA BERANI CUBA!"
Industrial Relations Trips To Putrajaya
Okay, kita
terus pada sesi FAQ mengenai DPA ni, sebab zati pun malas nak tulis
panjang-panjang. Kat sini, zati akan listkan soalan yang zati selalu dapat dari
pelajar SPM!
1. Betulke
ambik Diploma Pentadbiran Awam boleh sambung IJAZAH UNDANG-UNDANG? / Jadi
peguam? (HOT QUESTION)
- Yup, ambik DPA boleh sambung
Ijazah LAW. Tapi ada syarat-syarat yang student kena penuhi, macam MUET BAND 4,
LEPAS SESI INTERVIEW dan pointer semester kena tinggi (3.7 @ 3.8 x sure).
- Kenapa boleh? Student DPA pun ambik beberapa subjek LAW, tapi
sangat-sangat basic
- Tapi kalau, awak nak jadi Lawyer, lebih baik ambik Asasi LAW. Cepat
sikit habis belajar
2. Perbezaan
DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM dan DIPLOMA PENTADBIRAN KORPORAT ?
- DPA dan DCA ni, dia adik beradik tau, course Diploma dibawah satu
fakulti yang sama iaitu FAKULTI SAINS POLITIK DAN PENTADBIRAN
- Beza yang saya tahu, DCA student ni banyak belajar mengenai private organization
dan banyak subjek kira-kira. Tapi kalau student DPA ni banyak belajar mengenai
public organization dan banyak subjek membaca.
3. Apa
pekerjaan yang boleh jadi lepas habis DPA? (HOT QUESTION)
- Awak boleh jadi, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Manager, Human
Resources Person, Lecturer, banyak sebenarnya sebab student DPA ni dia belajar
banyak benda mengenai management. Jadi senang dapat kerja sebab mostly syarikat
and pejabat kerajaan perlukan orang yang pandai manage organisasi
4. Journey
lepas habis Diploma?
- lepas habis Diploma awak boleh pilih untuk sambung belajar lagi. Samaada
fakulti yang sama ataupun fakulti yang lain. Fakulti Sains Pentadbiran &
Pengajian Polisi untuk peringkat ijazah, ada 3 course iaitu Ijazah Sarjana Muda
Sains Pentadbiran, Ijazah Sarjana Muda Sains Korporat, Ijazah Sarjana Muda
Sains Pentadbiran Persekitaran (LINK FSPPP)
5. Betulke DPA ni sesuai untuk orang yang
banyak membaca? (HOT QUESTION)
- Yup. Betul. Student DPA akan banyak membaca,
sebab kita kena faham term2 pentadbiran dan politic words yang sangat jarang
kita dengar masa zaman sekolah. Kita akan belajar beberapa subjek mengenai
sejarah.
- Ada jugak subjek kira-kira macam Account,
Economic, Entrepreneur and Business Math
6. Cawangan khursus Diploma Pentadbiran Awam (UiTM)?
- Cawangan DPA ada kat, Seremban Negeri Sembilan, Raub Pahang, Merbok Kedah dan Kota Kinabalu Sabah.
7. Course ni belajar bahasa apa ek?
- Semua bahan bacaan dan pembelajaran, 100% Bahasa Inggris. Tapi jangan risau, kadang-kadang Lecturer ada jugak cakap Bahasa Melayu hehehe dan lecturer akan guna simple english.
- Ada jugak yang tanya, "kalau saya lemah bahasa inggris boleh ke teruskan?". Jangan give up hanya kerana kurang mahir dalam bahasa inggris, awak taknak teruskan. Belajar sikit-sikit insyallah boleh, nothing imposible!
- Ada jugak yang tanya, "kalau saya lemah bahasa inggris boleh ke teruskan?". Jangan give up hanya kerana kurang mahir dalam bahasa inggris, awak taknak teruskan. Belajar sikit-sikit insyallah boleh, nothing imposible!
8. Mahal ke yuran untuk
course DPA ni?
- Nope,
macam yang semua orang tahu, UiTM
adalah university yang paling murah yuran dia dari universiti lain.
- Yuran selalunya untuk DPA
kurang dari RM800 every semester. Tidak termasuk dengan yuran kolej dan
lain-lain.
9. DPA ada temuduga ke untuk diploma?
- Tidak, Diploma dan Degree
tiada sesi temuduga
10. Diploma berapa tahun pengajian ya?
- 3 tahun 5 semester, setiap
semester 4 bulan pengajian (14 weeks kelas) dan 1 bulan cuti sem (bergantung
pada UiTM )
11. Bidang ni ada
presentation tak?
- Yup semua subject akan ada
presentation.
12. Saya dapat tawaran DPA di
UiTM. Tapi saye lemah dalam subjek math (HOT QUESTION)
- Samalah, saya pun sangat2 lemah subjek math
dan tiada basic account langsung. Jangan risau okay, kalau rasa tak faham
subjek calculation cuba mintak kawan2 ajarkan or lecturer. Confirm boleh punya!
Subjek math untuk DPA student tak susah macam student matematik yang lain, dia
macam SPM jugak just a few topic yang lain sikit.
Buat masa ni, ini sahaja soalan yang ramai student SPM tanya Zati dekat Twitter, harap dapat membantu korang untuk pilih course nanti. Sempat lagi kan? Jangan risau and yakin pada diri, confius nak pilih course tu biasalah, sebab mula-mula takut. Tanya keluarga dan pendapat mereka and paling penting tanya diri sendiri, "Aku boleh bawak tak course ni?" . Good luck and all thebest for you!
Sincerly,
Izzati Nadheera