Sabtu, 28 Mac 2020

FAQ: SOALAN MENGENAI DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM (2020)


Assalamualaikum, semua!

Sihat? Zati harap korang semua sihat dalam musim COVID19 ni, jaga kesihatan and jaga diri okay! Pastikan korang selalu basuh tangan and pakai hand sanitizer dan mask jika perlu okay! Disebabkan Zati bosan yang amat duduk kat rumah ni, jadi Zati rajin lah nak buat FAQ QUESTION ABOUT DPA ni.

Since sekarang pun musim, budak-budak SPM 2019 tengah sibuk mencari information pasal course untuk sambung pengajian di Universiti atau Matrikulasi, jadi zati nak buat sikit slot FAQ sikit. Kalau sebelum ni, zati ada pos pasal DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM di UiTM dan ada tinggalkan Twitter username dekat blog, ramai budak-budak SPM DM zati nak Tanya pasal DPA ni.


Alhamdulillah korang ada minat jugak nak tahu pasal course ni! Oh sebelum tu nak cakap TANIAH kepada batch SPM2019 sebab berjaya dapat keputusan yang baik. Ingat, SPM ni bukanlah punca utama kehidupan korang, tetapi SPM tu adalah langkah pertama untuk korang mulakan hidup okay! Satu jer zati nak cakap,

"PERCAYA PADA DIRI SENDIRI DAN YAKIN KORANG BOLEH BUAT! JANGAN RASA LIFE UNIVERSITI NI SUSAH! KORANG KENA BERANI CUBA!"


Industrial Relations Trips To Putrajaya


Okay, kita terus pada sesi FAQ mengenai DPA ni, sebab zati pun malas nak tulis panjang-panjang. Kat sini, zati akan listkan soalan yang zati selalu dapat dari pelajar SPM!

1. Betulke ambik Diploma Pentadbiran Awam boleh sambung IJAZAH UNDANG-UNDANG? / Jadi peguam? (HOT QUESTION)


-  Yup, ambik DPA boleh sambung Ijazah LAW. Tapi ada syarat-syarat yang student kena penuhi, macam MUET BAND 4, LEPAS SESI INTERVIEW dan pointer semester kena tinggi (3.7 @ 3.8  x sure).
- Kenapa boleh? Student DPA pun ambik beberapa subjek LAW, tapi sangat-sangat basic
- Tapi kalau, awak nak jadi Lawyer, lebih baik ambik Asasi LAW. Cepat sikit habis belajar

2.  Perbezaan DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM dan DIPLOMA PENTADBIRAN KORPORAT  ?

- DPA dan DCA ni, dia adik beradik tau, course Diploma dibawah satu fakulti yang sama iaitu FAKULTI SAINS POLITIK DAN PENTADBIRAN
- Beza yang saya tahu, DCA student ni banyak belajar mengenai private organization dan banyak subjek kira-kira. Tapi kalau student DPA ni banyak belajar mengenai public organization dan banyak subjek membaca.

3. Apa pekerjaan yang boleh jadi lepas habis DPA? (HOT QUESTION)

- Awak boleh jadi, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Manager, Human Resources Person, Lecturer, banyak sebenarnya sebab student DPA ni dia belajar banyak benda mengenai management. Jadi senang dapat kerja sebab mostly syarikat and pejabat kerajaan perlukan orang yang pandai manage organisasi

4.   Journey lepas habis Diploma?

- lepas habis Diploma awak boleh pilih untuk sambung belajar lagi. Samaada fakulti yang sama ataupun fakulti yang lain. Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi untuk peringkat ijazah, ada 3 course iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran, Ijazah Sarjana Muda Sains Korporat, Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Persekitaran (LINK FSPPP)

5. Betulke DPA ni sesuai untuk orang yang banyak membaca? (HOT QUESTION)

- Yup. Betul. Student DPA akan banyak membaca, sebab kita kena faham term2 pentadbiran dan politic words yang sangat jarang kita dengar masa zaman sekolah. Kita akan belajar beberapa subjek mengenai sejarah.

- Ada jugak subjek kira-kira macam Account, Economic, Entrepreneur and Business Math

6. Cawangan khursus Diploma Pentadbiran Awam (UiTM)?

- Cawangan DPA ada kat, Seremban Negeri Sembilan, Raub Pahang, Merbok Kedah dan Kota Kinabalu Sabah. 

7. Course ni belajar bahasa apa ek?

- Semua bahan bacaan dan pembelajaran, 100% Bahasa Inggris. Tapi jangan risau, kadang-kadang Lecturer ada jugak cakap Bahasa Melayu hehehe dan lecturer akan guna simple english.

- Ada jugak yang tanya, "kalau saya lemah bahasa inggris boleh ke teruskan?". Jangan give up hanya kerana kurang mahir dalam bahasa inggris, awak taknak teruskan. Belajar sikit-sikit insyallah boleh, nothing imposible!


 8. Mahal ke yuran untuk course DPA ni?

- Nope, macam yang semua orang tahu, UiTM adalah university yang paling murah yuran dia dari universiti lain.
- Yuran selalunya untuk DPA kurang dari RM800 every semester. Tidak termasuk dengan yuran kolej dan lain-lain.

9. DPA ada temuduga ke untuk diploma?

- Tidak, Diploma dan Degree tiada sesi temuduga

10.  Diploma berapa tahun pengajian ya?

- 3 tahun 5 semester, setiap semester 4 bulan pengajian (14 weeks kelas) dan 1 bulan cuti sem (bergantung pada UiTM )

11. Bidang ni ada presentation tak?

- Yup semua subject akan ada presentation.

12. Saya dapat tawaran DPA di UiTM. Tapi saye lemah dalam subjek math (HOT QUESTION)

- Samalah, saya pun sangat2 lemah subjek math dan tiada basic account langsung. Jangan risau okay, kalau rasa tak faham subjek calculation cuba mintak kawan2 ajarkan or lecturer. Confirm boleh punya! Subjek math untuk DPA student tak susah macam student matematik yang lain, dia macam SPM jugak just a few topic yang lain sikit.

Buat masa ni, ini sahaja soalan yang ramai student SPM tanya Zati dekat Twitter, harap dapat membantu korang untuk pilih course nanti. Sempat lagi kan? Jangan risau and yakin pada diri, confius nak pilih course tu biasalah, sebab mula-mula takut. Tanya keluarga dan pendapat mereka and paling penting tanya diri sendiri, "Aku boleh bawak tak course ni?" . Good luck and all thebest for you!


Sincerly,
Izzati Nadheera


Jumaat, 23 Ogos 2019

My Diploma Life as DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM students


Assalamualaikum, Hi~~~

Huish dah lama sebenarnya tak tulis entry untuk blog ni, tapi tiba-tiba hari ni rajin nak tulis entry pasal khursus Diploma yang Zati tengah ambil sekarang iaitu Diploma Pentadbiran Awam, UiTM, Kampus Seremban.
Next month, Zati akan start masuk Degree untuk Ijazah Sarjana Pentadbiran Sains as penerapan student, harap-harap degree life ni berjalan dengan lancar. Amin. Okay kita straight to the point jer lah. Zati sebenarnya nak share pasal Diploma Pentadbiran Awam kat semua. Tak kisahlah orang awam ke atau adik-adik lepasan SPM yang berniat nak sambung Diploma In Public Administration under Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi.

batch Zati di DPA masa event sukan! 
ada ramai sebenarnya but ini jer yang tangkap gambar


APA ITU DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM??
 Hermm… DPA ni mostly korang akan belajar pasal sistem pentadbiran di Malaysia, politik-politik di Malaysia, isu-isu semasa, asas perundangan pentadbiran dan pengurusan manusia. Macam-macam sebenarnya korang akan belajar dalam kos ni. Lebih kurang semua benda lah

SUBJEK YANG KORANG AKAN BELAJAR
Sebenarnya untuk student yang baru masuk sesi 2018 dah start susunan subjek yang berbeza untuk setiap sem, masa time Zati, kita orang pakai study plan lain, but still sama, so kat bawah ni korang zati share latest programe structure untuk batch baru okay! (23 August 2019)


PART 1
CSC134
COMPUTER AND INFORMATION PROCESSING

CTU101
FUDAMENTALS OF ISLAM

ELC 121
INTEGRATED LANGUAGE SKILLS I

HBU111
NATIONAL KESATRIA I

MAT 112
BUSINESS MATHEMATICS

PAD101
INTRODUCTION TO MANAGEMENT PRINCIPLES IN PUBLIC SECTOR

PAD 102
INTRODUCTION TO PUBLIC ADMINISTRATION

UED102
STUDY SKILLS
PART 2
ACC106
INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING

CTU151
ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION

ELC151
INTEGRATED LANGUAGE SKILLS II

HBU121
NATIONAL KESATRIA II

PAD104
INTRODUCTION TO MALAYSIA PUBLIC SOCIETY

PAD120
INTRODUCTION TO POLITICAL SCIENCE

PAD215
INTRODUCTION TO HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR
PART 3
CTU 263
ISLAM AND MANAGEMENT

ECO120
PRINCIPLES OF ECONOMICS

ELC231
INTEGRATED LANGUAGE SKILLS III

HBU131
NATIONAL KESATRIA III

LAW245
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM

ACC116
INTRODUCTION TO COST ACCOUNTING

PAD240
GOVERNMENT AND POLITICS
PART 4
ELC270
ENGLISH FOR WORKPLACE  COMMUNICATION

PAD390
DEVELOPMENT ADMINISTRATION

LAW299
BUSINESS LAW

PAD253
PRINCIPLES OF PUBLIC SECTOR QUALITY MANAGEMENT 

PAD270
MALAYSIA POLITICS

PAD381
SOUTHEAST ASIA STUDIES
PART 5
LAW309
ADMINISTRATIVE LAW

ENT300
FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEUSHIP

PAD320
LOCAL GOVERNMENT ADMINISTRATION

PAD363
PRINCIPLES OF INDUSTRIAL RELATIONS

PAD370
PUBLIC FINANCIAL ADMINISTRATION

PAD350
FUNDAMENTALS OF SUSTAINABLE DEVELOPMENT

SEMESTER 1

Untuk Semester 1, CSC, zati ambik masa part 3 CSC tu korang akan belajar pasal computer. Bukan belajar pasal Microsoft Words, Office semua tau but…… belajar pasal editing. Cara nak edit gambar, edit video, edit audio, cara buat anime korang sendiri dan macam-macam lagi. Actually, subjek ini best, tapi assignment dia agak susahlah hehehe. Untuk subjek CTU dia pasal islam, just refresh back from SPM punya topic. ELC akan ajar kita communication skill. Macam mana cara komunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik. MAT pun sama dia akan refresh masa SPM, just a few chapter yang baru. HBU ini adalah subjek koku yang korang akan ambil dari sem 1 sampai sem 3. Masa zati sem 1, zati ambil koku JPAM (APM), best gila masuk JPAM ni. So korang masuk okay, don’t worry tak susah pun!

 Team APM masa pergi khursus masa Semester 2


Untuk core subjek diploma ni mestilah ada perkataan ‘PAD’, semua subjek PAD ni kena membaca dan membaca. Dengar lecturer cakap apa, salin key point and ia akan sangat berguna untuk korang jawab masa final exam! Percayalah. But apa yang lecturer and slide notes takkan cukup jadi korang kena buat lah extra effort cari information kat google okay!

SEMESTER 2
Untuk Subjek ACC (account), dia bagi kebaikan kepada student lepasan SPM yang ambik Akaun, sebab dia sama jer. Kalau korang tak ambik masa SPM pun takpe, jangan risau Lecturer akan ajar atau korang boleh mintak kawan-kawan korang ajar. 

SEMESTER 3
Subjek ECO, ni korang akan belajar pasal economi. Ada facts, ada kira-kira. 
Subjek LAW pulak… korang kena faham cerita kes-kes dalam buku yang lecturer bagi (based on silibus) dan kena tahu teknik yang betul jawab untuk subjek LAW ni. Kalau korang pandai teknik dia mesti pass subjek LAW ni.

SEMESTER 4
Start Part 4, mostly subject banyak membaca, so kena fokus betul2. ada baik buruknya kalau 1 sem tu semua subjek membaca. Baiknya, korang tak perlu hadap subjek kira-kira. Buruknya, korang akan banyak assignment, presentation, project or test. Jadi sem 4 ni kena FOKUS lebih okies!

SEMESTER 5
Last sem for Diploma life! yang bezanya, ada subjek ENTREPRENEUR, korang akan buat business  sendiri! Best tau, korang boleh jual makanan, pakaian ataupun services! semua boleh!

So, korang dah boleh Nampak bayang (sikitjer lah hehe), apa yang korang akan belajar kalau ambil DPA. DPA ni tak susah tak senang. Ada part kita kena work hard untuk subjek yang kita rasa lemah and kena sentiasa peka apa yang lecture ajar and belajar cari information sendiri. Sebab lecturer takkan bagi kita semua macam disekolah, kita kena buat research sendiri untuk pastikan kita dapat jawab masa final exam and jawapan kita tu betul. Okay!

UPDATE: Hai Zati ada buat entry blog "Frequently Asked Question" aka FAQ yang selalu student SPM DM zati tanya pasal course Diploma Pentadbiran Awam. Korang tekan link ini okay FAQ ABOUT DPA


Done!! Thank You
(UPDATE; 14 APRIL 2020)