Assalamualaikum,
semua!
Sihat? Zati
harap korang semua sihat dalam musim COVID19 ni, jaga kesihatan and jaga diri
okay! Pastikan korang selalu basuh tangan and pakai hand sanitizer dan mask
jika perlu okay! Disebabkan Zati bosan yang amat duduk kat rumah ni, jadi Zati
rajin lah nak buat FAQ QUESTION ABOUT DPA ni.
Since
sekarang pun musim, budak-budak SPM 2019 tengah sibuk mencari information pasal
course untuk sambung pengajian di Universiti atau Matrikulasi, jadi zati nak
buat sikit slot FAQ sikit. Kalau sebelum ni, zati ada pos pasal DIPLOMA
PENTADBIRAN AWAM di UiTM dan ada tinggalkan Twitter username dekat blog, ramai
budak-budak SPM DM zati nak Tanya pasal DPA ni.
Alhamdulillah
korang ada minat jugak nak tahu pasal course ni! Oh sebelum tu nak cakap TANIAH
kepada batch SPM2019 sebab berjaya dapat keputusan yang baik. Ingat, SPM ni
bukanlah punca utama kehidupan korang, tetapi SPM tu adalah langkah pertama
untuk korang mulakan hidup okay! Satu jer zati nak cakap,
"PERCAYA
PADA DIRI SENDIRI DAN YAKIN KORANG BOLEH BUAT! JANGAN RASA LIFE UNIVERSITI NI
SUSAH! KORANG KENA BERANI CUBA!"
Industrial Relations Trips To Putrajaya
Okay, kita
terus pada sesi FAQ mengenai DPA ni, sebab zati pun malas nak tulis
panjang-panjang. Kat sini, zati akan listkan soalan yang zati selalu dapat dari
pelajar SPM!
1. Betulke
ambik Diploma Pentadbiran Awam boleh sambung IJAZAH UNDANG-UNDANG? / Jadi
peguam? (HOT QUESTION)
- Yup, ambik DPA boleh sambung
Ijazah LAW. Tapi ada syarat-syarat yang student kena penuhi, macam MUET BAND 4,
LEPAS SESI INTERVIEW dan pointer semester kena tinggi (3.7 @ 3.8 x sure).
- Kenapa boleh? Student DPA pun ambik beberapa subjek LAW, tapi
sangat-sangat basic
- Tapi kalau, awak nak jadi Lawyer, lebih baik ambik Asasi LAW. Cepat
sikit habis belajar
2. Perbezaan
DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM dan DIPLOMA PENTADBIRAN KORPORAT ?
- DPA dan DCA ni, dia adik beradik tau, course Diploma dibawah satu
fakulti yang sama iaitu FAKULTI SAINS POLITIK DAN PENTADBIRAN
- Beza yang saya tahu, DCA student ni banyak belajar mengenai private organization
dan banyak subjek kira-kira. Tapi kalau student DPA ni banyak belajar mengenai
public organization dan banyak subjek membaca.
3. Apa
pekerjaan yang boleh jadi lepas habis DPA? (HOT QUESTION)
- Awak boleh jadi, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Manager, Human
Resources Person, Lecturer, banyak sebenarnya sebab student DPA ni dia belajar
banyak benda mengenai management. Jadi senang dapat kerja sebab mostly syarikat
and pejabat kerajaan perlukan orang yang pandai manage organisasi
4. Journey
lepas habis Diploma?
- lepas habis Diploma awak boleh pilih untuk sambung belajar lagi. Samaada
fakulti yang sama ataupun fakulti yang lain. Fakulti Sains Pentadbiran &
Pengajian Polisi untuk peringkat ijazah, ada 3 course iaitu Ijazah Sarjana Muda
Sains Pentadbiran, Ijazah Sarjana Muda Sains Korporat, Ijazah Sarjana Muda
Sains Pentadbiran Persekitaran (LINK FSPPP)
5. Betulke DPA ni sesuai untuk orang yang
banyak membaca? (HOT QUESTION)
- Yup. Betul. Student DPA akan banyak membaca,
sebab kita kena faham term2 pentadbiran dan politic words yang sangat jarang
kita dengar masa zaman sekolah. Kita akan belajar beberapa subjek mengenai
sejarah.
- Ada jugak subjek kira-kira macam Account,
Economic, Entrepreneur and Business Math
6. Cawangan khursus Diploma Pentadbiran Awam (UiTM)?
- Cawangan DPA ada kat, Seremban Negeri Sembilan, Raub Pahang, Merbok Kedah dan Kota Kinabalu Sabah.
7. Course ni belajar bahasa apa ek?
- Semua bahan bacaan dan pembelajaran, 100% Bahasa Inggris. Tapi jangan risau, kadang-kadang Lecturer ada jugak cakap Bahasa Melayu hehehe dan lecturer akan guna simple english.
- Ada jugak yang tanya, "kalau saya lemah bahasa inggris boleh ke teruskan?". Jangan give up hanya kerana kurang mahir dalam bahasa inggris, awak taknak teruskan. Belajar sikit-sikit insyallah boleh, nothing imposible!
- Ada jugak yang tanya, "kalau saya lemah bahasa inggris boleh ke teruskan?". Jangan give up hanya kerana kurang mahir dalam bahasa inggris, awak taknak teruskan. Belajar sikit-sikit insyallah boleh, nothing imposible!
8. Mahal ke yuran untuk
course DPA ni?
- Nope,
macam yang semua orang tahu, UiTM
adalah university yang paling murah yuran dia dari universiti lain.
- Yuran selalunya untuk DPA
kurang dari RM800 every semester. Tidak termasuk dengan yuran kolej dan
lain-lain.
9. DPA ada temuduga ke untuk diploma?
- Tidak, Diploma dan Degree
tiada sesi temuduga
10. Diploma berapa tahun pengajian ya?
- 3 tahun 5 semester, setiap
semester 4 bulan pengajian (14 weeks kelas) dan 1 bulan cuti sem (bergantung
pada UiTM )
11. Bidang ni ada
presentation tak?
- Yup semua subject akan ada
presentation.
12. Saya dapat tawaran DPA di
UiTM. Tapi saye lemah dalam subjek math (HOT QUESTION)
- Samalah, saya pun sangat2 lemah subjek math
dan tiada basic account langsung. Jangan risau okay, kalau rasa tak faham
subjek calculation cuba mintak kawan2 ajarkan or lecturer. Confirm boleh punya!
Subjek math untuk DPA student tak susah macam student matematik yang lain, dia
macam SPM jugak just a few topic yang lain sikit.
Buat masa ni, ini sahaja soalan yang ramai student SPM tanya Zati dekat Twitter, harap dapat membantu korang untuk pilih course nanti. Sempat lagi kan? Jangan risau and yakin pada diri, confius nak pilih course tu biasalah, sebab mula-mula takut. Tanya keluarga dan pendapat mereka and paling penting tanya diri sendiri, "Aku boleh bawak tak course ni?" . Good luck and all thebest for you!
Sincerly,
Izzati Nadheera
Assalamualaikum dan hi kak. Saya baru sahaja habis spm pada tahun lepas. Saya berminat nak apply this course nanti heheh. Boleh saya tahu, course dpa ni ada temuduga ke untuk diploma? Terima kasih kak :D
BalasPadamWaalaikumusalam, xde awak. course DPA tidak memerlukan temu duga
PadamAssalamualaikum kak :) Nak tanya, dpa ada temuduga ke untuk diploma? Terima kasih kak :)
BalasPadamWaalaikumusalam, DPA tiada temuduga.
PadamHi kak, saya dpt kos dpa ni. Nk tnya kos ni brp thn pengajian ye?
BalasPadam3 tahun, 5 semester untuk diploma
PadamHi kak, mahal ke kos nak masuk uitm dpa ni?
BalasPadamHai awak, yuran untuk course DPA tak mahal. UiTM adalah university yang paling murah yuran dia.
PadamAssalamualaikum.. Saya dapat kos dpa dekat seremban juga😁. Saya nak tanya berapa anggaran perbelanjaan yang perlu disediakan untuk pendaftaran. Mahal tak akak?
BalasPadamWaalaikumusalam, Hai! Taniahh selamat menjadi warga Seremban okay, jangan risau Seremban bestt hehe. Kalau dari segi perbelanjaan masa masuk, yuran belajar dan yuran kolej tak perlu bayar masa hari pendaftaran. Ada duration yg UiTM tetapkan untuk bayar yuran. Kalau keperluan diri ikut bajet masing2
PadamAfter dh habis diploma in dpa, dekat degree boleh sambung apa je eh ? Selain Law Dan Kos yg di bawah fakulti ni. HR boleh Tak ?
BalasPadamHR pun boleh, ikut qualification diploma dan syarat2 UiTM jugak.
PadamHi kak, subjk muslim tu smua pljr akan ambim ke ? Mksud sy non-muslim pun ambi ?
BalasPadamHai, untuk pelajar non-muslim akan belajar subjek lain,macam moral subject
Padamassalam kak saya dapat dpa alhamdulilah sebelum saya isi upu saya ada cari maklumat ttg dpa dan mmg harap dpt dpa dan alhamdulilah dapat tapi cita ii nakjadi ,pegawai polis atau kerja ii seperti kastam , jpj ? bolehka dengan sambung belajar dan ambil course dpa ?
BalasPadamWaalaikumusalam, Hai! Taniah sebab dapat DPA! you can do it! Nak kerja dengan jpj, kastam or polis? boleh awak, mana2 jabatan kerajaan awak boleh mohon untuk kerja nanti yang penting jaga pointer okay :)
Padamassalam saya dapat dpa alhamdulilah , sebelum isi upu saya ada juga cari maklumat ttg dpa em cuma naktahu lebih mendalam , course dpa bolehka keluar jadi pegawai polis atau kerja ii dlm pejabat seperti kastam jpj
BalasPadamAssalamualaikum kak, nanti jawab exam mcm mana ?susah ke? Saya ni dhlah teruk dalam bahasa inggeris ? Patutke saya terima DPA ni
BalasPadamWaalaikumusalam, hai! Exam semua susah awak hahaha, takde yang senang kekeke, belajar betul2 insyallah boleh jawab exam dengan baik. English memang main language untuk student DPA all subject, lecturer akan ajar dalam bahasa inggris, jangan risau lecturer akan cakap simple english sahaja okies! Good luck~
PadamAssalamualaikum kak , kalau saya dah habis diploma utk kos ni klu degree saya nak sambung pendidikan makan masa tak ? Ada peluang ker utk saya jadi guru selain dari kerja kerja yg melibatkan pentadbiran
BalasPadamWaalaikumusalam, Hai. Kalau awak nak jadi guru sekolah saya tak berapa pasti mcm mana journey dia, lebih baik awak refer pada kounselor sekolah utk lebih tepat. But kalau awk nk jadi Lecturer di Universiti, awk kena sambung degree dibwh course yg sama, baru layak jadi lect :)
PadamAssalammualaikum kak saya dapat Dpa dekat seremban jugak .... saya nak tanya asrama dia mcm mana ye kak? banyak barang keperluan kene beli tak? cadar semua beli kat uitm ke kak? hari² student Dpa pakai baju kurung ke kak? boleh pakai seluar tak kak?
BalasPadamWaalaikumusalam, asrama selesa. Untuk barang keperluan awak boleh google brg keperluan untuk UiTM student byk blog ada buat post pasal ni. Cadar beli sendiri okies. Baju kurung hari isnin wajib, hari lain ikutlah kita nak pakai apa. Seluar boleh jer kalau nak pakai utk ke kelas
PadamAssalamualaikum sis..tq share byk sgt info💗
BalasPadamNak tanya 2nd Intake biasanya bila.?.boleh tak kita apply nak buat DPA dekat UiTM Seremban terus.. kalau boleh mcm mana caranya..tq sis
Waalaikumusalam! 2nd intake biasanya akan dibuka untuk next semester, awak kena sentiasa check lamanweb UiTM ataupun follow twitter uitm. Kalau nak mohon UiTM seremban terus, saya rasa tak boleh, uitm akan letakkan awak based on alamat rumah awak. Kalau nak jugak, maybe kalau awak dah dapat surat tawaran nanti, baru awak boleh call pihak UiTM sendiri untuk pemindahan kampus.
PadamHi sis...nak tanyelah...klau dpt tawaran course DPA...tp di kota kinabalu...worth it x...sy tggl di semenanjung
BalasPadamHai! Taniah sebab dapat DPA. Kalau soalan mcm ni, saya tak dapat nak tolong. Sbb saya DPA di Seremban. Belajar kat sana ada pros and cons nya. Kalau awak rasa awak boleh, teruskan. Apa2 pun, cuba tanya pendapat family okey!you can do it good luck
Padamhi sis,klau smbung degree under uitm lps dpa ni,tahun kita blajar kira mcm mana ye?saya baca blog sis yg lps,5 thun klau skali degree under uitm
BalasPadamHai! Kalau awak sambung belajar under fakulti yg sama, awak akan start degree awak dari sem 3 - sem 6. Tapi kalau awak ambik bidang yang lain, but still under UiTM maybe awak kena start dari sem1 balik. Sbb subjek setiap course berbeza
PadamNk tanya kalau ade diploma pa ni, boleh ke further studies accountancy in degree eh?
BalasPadamBoleh, tapi masa degree nanti awak kena start dri sem 1 balik
PadamSalam zati...dlu dpt DPA kt Uitm mane? Adik saya nk masuk sesi oktober ni dpt DPA... Dulu ada English exit test tak before masuk?
BalasPadamWaalaikumusalam, saya DPA UiTM Seremban. Utk masuk DPA xde english test
PadamAssalamualaikum..akak nak tanya exam or test kena jawab in english atau boleh beri jawapan dalam bahasa Melayu? Sbb saya lemah sikit english (>_<)
BalasPadamWaalaikumusalam, wajib jawab dalam bahasa inggeris awak sebab mostly pembelajaran pun dalam BI, tapi admin student tak strict sangat dalam grammar. As long as kita bagi jawapan betul
PadamAssalamualaikum kak saya nak tanya kalau akak tahu pentadbiran korporat ada temuduga tak?
BalasPadamWaalaikumusalam, Tiada temuduga
PadamAssalamualaikum Kak, Exam DPA setiap Sem pun Dalam English ke??
BalasPadamYup betul, belajar guna BI exam pun guna BI
Padamhi sis nak tanya between dpa dgn dca and business management which one yang sis prefer eh ? sye confused nak masuk mana
BalasPadamSamaaa.. confused jgk
Padamsorry for late responses. DPA: adalah course yg kita bljr byk pasal management dlm public sector and politic. DCA: adalah course yg bljr byk pasal management in private companies. Kaalau Business Mgt: maybe kita akn belajar byk pasal pengurusan perniagaan. Mana saya prefer, of course DPA coz saya alumni DPA hehehe. Pilih yang korang minat and boleh bawak. Good luck!
Padamhi sis, ada ke member you yang lepas amik first intake dpa tapi result bawah 5A?
BalasPadamAda
Padamkerjaya untuk student DCA ni boleh jadi kakitangan kerajaan juga ke macam student DPA?
BalasPadamBoleh awak, its depends on that organization requirement
Padam