Memaparkan catatan dengan label REVIEW NOVEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REVIEW NOVEL. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2016

Review Novel : Hang Nadim by Abd Latib Talib

Assalamualaikum.. Hi !

Tajuk: Hang Nadim
Penulis: Abdul Latib Talib
Harga: SM/ RM 24.00
SS/ RM 27.00


Wahh.. hari ni Zati bersemangat nak buat review novel hehehe.. kali ini bukan novel cinta atau novel remaja tetapi novel sejarah emm.. lain sikit genre yang Zati baca kali ini. Haritu pergi popular ingat nak beli novel Dracula karya Al-Ghazali tapi tak jumpa huhh.. sedih betul . Then Zati belek-belek buku yang ada kat situ jumpalah.. novel Hang Nadim karya penulis novel sejarah no.1 di Malaysia iaitu Abdul Latib Talib.Oh.. Zati ada lagi satu novel Abd Latib Talib yang Zati buat review iaitu ISABELLA.

Cerita ini mengisahkan tentang anak kepada Hang Jebat iaitu Hang Nadim meneruskan perjuagan bapanya dan bapa angkatnya Hang Tuah selepas Hang Tuah menghilangkan diri. Hang Nadim memegang jawatan sebagai Laksama pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, banyak perkara yang dilakukan oleh Hang Nadim dan rakan seperjuangannya untuk mempertahankan Melaka daripada dijajah Portugis. Daripada satu Sultan kepada Sultan yang lain Hang Nadim tetap memberi taat setia kepada Sultan tanpa berbelah bahagi. Daripada Portugis mula menjajah Melaka, Hang Nadim berjanji akan mengusir Portugis daripada Melaka selagi air di Selat Melaka tidak kering selagi itulah Hang Nadim akan berjuang demi tanah airnya. Nak tahu apa yang dilalui oleh Hang Nadim kenalah beli novel fiksyen sejarah ni,

Hehe.. sambil baca novel Zati ditemani bookmark Infinite :)


Ok, secara keseluruhannya novel sejarah ini tak susah Zati nak faham, bahasa yang digunakan sangat mudah dan seronok dibaca. Walaupun nak habiskan novel ini agak lambat hehehe..

Banyak pengajaran yang Zati dapat, antaranya;
1.Taat setia seorang pejuang kepada pemimpinya.
2.Berkorban demi tanah air.
3.Tali barut dalam kalangan rakyat sendiri.
4.Hubungan antara kerajaan Melaka dan kerajaan negeri lain.
5.Sikap toleransi agar tidak memecahbelahkan negara.

Sebenarnya,banyak pengajaran yang boleh kita ambil untuk digunakan untuk masa kini dan masa depan melalui apa yang kita baca.

p/s: Rakan bloggers Zati suka atau pernah baca novel fiksyen sejarah tak? Kalau ada share lahh..

Sekian, Nur Nadheera

Khamis, 14 Januari 2016

Review Novel : Tundukkan Playboy Itu by Anjell

Assalamualaikum..

Novel : Tundukkan Playboy Itu
Penulis : Anjell 
Harga : S/M RM 29.00
         S/S RM 32.00


Dah lama rasanya Zati tak buat review novel ni haha.. kali ini novelnya adalah Tundukkan Playboy Itu karya daripada novelis Anjell.. Novel "TPI" ini adalah karya ketiga beliau dimana karya pertama beliau ialah Eksperimen Cinta dan karya kedua beliau ialah Suamiku Paling Sweet . Zati dah baca semua karya beliau , memang best , menarik , seronok dan tidak bosan nak baca .

Cerita ini mengisahkan Nurin Aressa yang mennggangur selepas tamat pengajian , so dia tiada kerjalah kan, jadi kebetulan kawan ayahnya ada beri peluang pekerjaan di syarikat anaknya iaitu Harraz Holdings. Jadi Nurin pun cubalah nasib kat syarikat anak kawan ayahnya. Tapi bila Nurin interview dia jadi marah sebab pemilik Harazz Holdings ini meletakkan syarat yang tidak logik iaitu tidak memakai tudung.

Atas sebab syarat tak logik tu, Nurin tidak bekerja di syarikat Harraz , ada tapi lagi.. Harraz terpaksa juga ambil Nurin sebagai pekerja syarikatnya atas desakan ayahnya..Nak tahu apa yang terjadi sepanjang Nurin Aressa berkerja dengan Harraz Naufal ni . Apa lagi belilah lagipun novel ini akan didramakan di TV3 Slot Akasia.


SCENES BEST :
"Tak..Aku tak ingat kau.Aku tak pernah kenal orang nama Elfira ke, El ke. El yang aku kenal cuma L Infinite kumpulan Kpop tu aja," balas Nurin.


"Heart attack you almost give me! Sistem refleks dalam badan kau terencat ke apa ? tak reti nak mengelak ke? kalau aku tiada tadi , kau dah mati tahu?!" marah betul Harraz pada Nurin


p/s: Taniah kepada Anjell kerana ketiga-tiga novel beliau akan didramakan. Hope cerita Tunddukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet berjaya seperti drama Eksperimen Cinta.

Sekian, Nur Nadheera

Rabu, 3 Jun 2015

Review Novel: Calon Isteri Putera Mahkota by Haliban

Assalamualaikum...Hai






Lama tak buat entry ..he he he..yalahh..asyik berdating dengan buku skolah hahaha..


Ni nak buat review novel Calon Isteri Putera Mahkota karya penulis iaitu Cik Haliban..First time baca karya Haliban nii Zati terus suka dengan gaya penulisan dia…sangat teratur.. dan menarik.


Ni review novel ni :

Ia mengisahkan tentang Tengku Muhammad Danish yang dimana ibundanya menyuruh dia mencari calon isteri untuk kerajaan negara mereka. Tapi Danish tiada calon untuk permaisurinya..Jadi nenda-nenda Danish calonkan Iman sebagai isteri Danish.

Pada mulanya, Danish tak tahu Iman yang nendanya calonkan adalah Iman junior kolejnya..konflik untuk novel ni pun menarik sangat zati suka kemuncak cerita dia dimana Iman sanggup korbankan diri untuk tangkap siapa musuh kerajaan Darwish tuu..hohoho baiknya Cik Iman ni ..

Nak tahu sambungannya beli dan baca novel niii TERBAIK!! 

Pada pendapat Zati Tengku Muhammad Danish ni sangattttt charming, patuh pada agama dan penyabar orangnya.Wtak-watak sampingan dalam novel ni pun mempunyai perwatakan yang bagus . Contohnya Ayahda Danish, yang sangat mempuyai jiwa kepimpinan yang patut ada pada Raja-raja Islam seperti sabar , adil pada rakyat dan pandai membuat keputusan demi kebaikkan semua.So tak rugi kalau tak baca karya Cik Haliban yang best ni.

Dalam novel Cik Haliban ni juga yang istimewanya dia selitkan hadis-hadis dan ilmu sains yang berguna untuk kita. Sambil membaca kita dapat menimba ilmu hadis dan  sains juga...

Tak guna zati bebel banyak-banyak yang penting korang kena beli novel ini hasil terbitan "Mustread" . OK..!!
5 BINTANG :)

laman web Cik Haliban pun ada cerpen pendek ,(Zati dah baca cerpen dalam blog ni iaitu Takdir Cinta)

http://bentukhati.blogspot.com/

Sekian,Nur Nadheera

Sabtu, 31 Januari 2015

Review Novel : Manisnya Cinta by Anis Ayuni

Assalamualaikum...Anyeong...

Review novel kali  ni ialah Manisnya Cinta karya oleh Anis Ayuni...Zati beli novel ni sebab zati tahu novel ni nak diadaptasi ke filem...hehehe..novel ni zati baca sweet sangat semanis gula-gula dan penuh dengan warna-warni bila zati tengok filem ni fuhh...mata zati rasa penuh dengan warna - warna ceria, HEBAT !! :)

Cerita ni bermula bila Ifti Liyana nak kahwin dengan Fredo, tapi dia dapat tahu yang Fredo nii ada perempuan lain so dia marah...dan minta putus , Lepas tuu waktu dia sedang membeli-belah kat kedai ni then dia terjumpa lah hero, Nazmi. Then mula lah sebuah cerita cinta diaorang... kalau nak tahu baca atau beli CD cerita nii nanti ok!

Best sangat novel ni ada unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan :)...
Filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ,pun zati dah tengok best sweet sangat. Ifti Liyana lakonan Fazura manakala Nazmi lakonan Shahizey Sam...hehehe Zati peminat Shahizey Sam itu salah satu faktornya zati tengok filem ni



sweet sangat filem niii :)
Aduii!! filem ni dah habis lama, zati baru nak update hehehe

Sekian,Nur Nadheera

Jumaat, 12 Disember 2014

Review Novel : Betul,Suami Aku Pelakon!

Assalamualaikum...Holla

Yeahh kita cerita pasal novel lagi, kali ini novel Betul,Suami Aku Pelakon!by Ateen Khalid. Serius best sangat novel ni kalau baca mesti ketawa pasal hero dengan herion dia.Ok, jejaka aka Si Pelakon dalam cerita ni nama dia Irfan Danish manakala gadis comel plus bernama Aliya Marissa.



Diaorang kahwin sebab family , macam biasalah mula-mula tak suka then suka. sweet sangat walaupun dah kahwin diaorang selalu kenakan antara satu sama lain.Tak rugi zati beli hehehe...

Part yang paling zati suka ialah waktu Aliya dan Irfan tengah tengok tv then Aliya nampaklah Irfan main angrybirds dalam iphone dia,apalagi Aliya cemburulah sebab telefon dia murah jer takde touch screen macam Irfan. Then dia cakaplah teringin juga nak handphone macam tu,dengan selambanya Irfan ambil telefon Aliya yang kecil tu then pergi dapur.
Ingatkan dia nak buat apa rupa-rupanya dia ambil apple dan selotip then dia selotipkan apple tu dengan handphone Aliya .
 
hehehehe banyak part-part kelakar dalam novel ni BEST SANGAT!!
10 bintang :)

Sabtu, 15 November 2014

REVIEW NOVEL : Cooper-K by RodieR

Assalamualaikum .. Holla



One words for this novel is 'AMAZING'.. betul kalau zati tengok cover novel dia memang sahlah zati dah cop novel ini membosankan , but cakap orang putih ' don't judge a book by a cover' memang sesuailah..

Novel ini  mengisahkan gadis bernama Mia yang sedang belajar di universiti dalam bidang farmasi then dia terjumpa lah seorang jejaka ni budak medical iaitu Cooper a.k.a Khair yang nak belajar sama-sama dengan dia perihal Pharmacology. Mula-mula Mia taknak tapi lama-lama dia sudi . Sejak dia jadi kawan belajar Cooper banyak perkara yang Mia tahu, sejak itu diaorang jadi kawan...

Then , satu accident berlaku dalam persahabatan diaorang yang menyebabkan diaorang terputus persahabatan. Hampir bertahun jugalah baru diaorang jumpa balik , tapi dalam keadaan yang sangat berbeza.

Apa yang istimewa dalam novel ini yang menyebabkan zati suka novel ini adalah dalam novel ini hero and heroin dia banyak nickname macam Cik Batery Double A, Encik Muka Melayu Perasan Nak Nama Orang Omputih, Cik Kertas Daouble A, Pak Cik , Ustaz plus Uncle...heheh

serius novel ini rugi kalau tak baca,novel ini ajar kita pasal bidang farmasi, doktor gak so peninglah juga bila baca nama-nama ubat plus penyakit dalam novel ini hehehe like Pneumonia, Immunology, Cardiogenic Shock dll.

10/10 STAR !!!

Ahad, 14 September 2014

REVIEW NOVEL: ISABELLA

Assalamualaikum...Holla..
review novel kali ini ialah novel fiksyen sejarah iaitu ' Isabella, Permulaan Sejarah Hitam Islam Andalusia'.. memang pening sikit nak baca novel sejarah ni ialah watak dalam novel ni banyak and namanya berbelit-belit dan kadang-kadang nama keluarga sama..jadi susah nak bezakan..hehehe...

 tengok cover dia smart kan...
watak utama cerita ni mestilah Puteri Isabella iaitu anak kepada isteri kedua Raja Don Juan II dengan Dona Isabella...banyak dugaan yang Isabella hadapi semasa dia kecil hingga dia nak menjadi Ratu..
zati baca novel ni pun sebab adikzati yang baca dulu and zati pernah nampak nama Ratu Isabella dan Raja Ferdinand (suami Isabella) dalam buku teks sejarah so terdetiklah dalam hati zati nak baca.. hehehe... jadi marilah kita baca novel sejarah ni okeyh..

Khamis, 24 Julai 2014

Review Novel : Siri Dongeng by Ain Maisarah

Assalamualaiku... Holla !!
Review Novel lagiii.. kali ni zati nak cerita pasal novel bersiri karya penulis remaja popular iaitu Ain Maisarah ...novel bersiri ni pasal cerita dongeng yang selalu kita dengar dia ceritakan tapi jalan cerita lain sikittt jalan cerita SUPERRR... sangat.. hehe

1) Siri Dongeng : Cinderellah VS Rapunzellah


look tajuk dia pun pelik kann.. itu istimewanya novel Ain Maisarah yang bergabung dengan Izanor Sharif.
apa yang peliknya bagaimana Rapunzell boleh masuk dalam love story Cinderella 2 in 1..kiranya watak Rapunzell adalah watak wanita yang ingin berebut putera dengan Cinderella sebelum Rapunzell tu masuk dalam Menara Toncang Emas diaa.. apa lagi Cinderella si perempuan yang naif pasrah... tapi ada ejen yang bantu Cinderella tau !!!

2) Duyung Diva dan Si Tanggang 


Ini pula siri kedua dia.. yang ini pun 2 in 1, Duyung kisah dongeng Barat bercampur dengan Si Tanggang kisah dongeng rakyat.. cerita dia macam nii..ayah Puteri Arellah nii takut anak dia jatuh cinta dengan manusia so dia pun hantar surat pada ejen supaya jangan beri anak dia jatuh cinta atau bertemu dengan manusia... sampailah satu saat kapal putera ni tenggelam.. then Puteri Arellah pun nak lah selamat kan manusia...apa yang terkejutnya putera tu adalah Si Tanggang anak derhaka.. jai ejen Tizz, Fizz dan Milo cubalah tolong selesaikan masalah ni..

4)Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib
ni Siri ke-3 , pasal Alakudin Alakoko yang minta bantuan ejen supaya cari Jin!! yang mana bila dia jumpa teko jin tu dia gosok 3 kali then shupp... jin tu hilang. dia stress lah bila tak dapat tunaikan 3 permintaan dia iaitu ingin berkahwin dengan Puteri Wangi Jasmin dan jadi kaya .. banyak benda best dalam mencari Jin yang hilang nii.. manalah jin tu pergi ??

4) Snow White dan Wannababes Kerdil
Siri ke 4, pasal Snow White yang minta bantuan ejen supaya tolong lindungi keselamatan dia kerana dia telah menerima surat ugutan dari seseorang supaya dia keluar dari Dunia Dongeng nii.. apa yang best nya 7 orang kerdil tu terdiri daripada ahli The Wanababes ahli kumpulan popular di Dunia Realiti yang terperangkap dalam dunia dongeng nii.. asyik bergaduh jerr.. jadi ejen-ejen ni harus cari siapa yang hantar surat ugutan tuu.

5) Pink Riding Hood dan Serigala Tembam
cerita Pink Riding Hoad ni lain daripada yang kita dengar di mana Pink Riding Hood akan dimakan oleh Serigala tapi novel nii mereka bersahabat.. mereka berdua pelarian yang dituduh membunuh Grandmama, nenek angkat.. jadi dia terpaksa melarikan diri untuk selamat diri dari dipenjara.. jadi ejen ni kenalah lindungii mereka...

huhhh.. sebenarnya ada 1 lagi novel yang baru diterbitka iaitu Puteri Gunung Tendang tapi tak sempat beli lagii.. bagi sesiapa yang berminat novel remaja rajin-rajinlah membeli buku karya Ain Maisarah yang bestttttt niiii.. HOPE YOU ENJOY !!!

#Pray4Gaza  #Pray4MH17  #Pray4MH370





Jumaat, 27 Jun 2014

REVIEW NOVEL: Guy Next Door by Rose Harissa

Asslamualaikum.. Holla semua..



Guy Next Door karya Rose Harissa... best lah novel nii comel sangat.. first time zati tengok tajuk novel ni zati ingat novel ni macam cerita korea tu lakonan Park Shin Hye dengan  Yoon Shi Yoon, Flower Boy Next Door  tuu tapi dia lain sikit... lah.. kalau cerita korea heroin dia yang asyik terperap dalam rumah tapi novel ni hero dia Adam yang terperap dalam rumah.. terbalik hehehe..

ni cover cerita dia <3


ni part yang paling zati suka COMEL.. jerr bila hero tu nak pujuk Kris ,
lagipun Hero dalam cerita ni berkerja sebagai pelukis komik pasal tulah dia pujuk Kris dengan kartun comel hehehe

novel ni zati bagi ....9 bintang ********* love it soooo muchhh


Rabu, 11 Jun 2014

Review Novel : Eksperimen Cinta karya Anjell

Assalamualaikum... Holla



ok.. kali ini zati nak cerita pasal novel yang zati suka sangat baru jerr habis baca novel ini , novel ni best gillerr..hehehe.. novel ni kelakar sangat best betul cerita dia, walaupun novel ini tebal tapi jalan cerita dia best sangat..



Hero dalam cerita ini ialah, Tengku Aaron Shah, seorang yang pada mulanya pelik bila rambut dia macam kari tumpah sekilo, kat telinga ada subang macam perempuan pakai rantai kat leher so PELIK , but akhir-akhirnya dia tetap menjadi lelaki yang romantik, and dia tak percaya pada cinta hingga dia sanggup buat eksperimen cinta dengan berkahwin dengan Damia Farisha dan mengangap kesimpulan eksperimen cinta dia adalah

Kesimpulan : Cinta tidak akan wujud bila berkahwin

Heroin yang menjadi bahan dalam eksperimen Tengku Aaron ni ialah Damia Farisha, gadis yang cantik, bertudung dan sempoiiii.. macam biasalah mana ada perempuan yang dipaksa kahwin tanpa cinta, tapi dia diugut oleh Si Tengku niii..hishh hisshh..

ok dalam cerita ni zati paling suka part nii :

     " Oh ya, bukan nak menyibuk,tapi sebagai umat islam yang bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran , saya rasa eloklah Tengku dan Cik Lysda cepat - cepat kahwin kerana antara seorang lelaki dan permpuan bukan mahram , ada syaitan di tengah- tengah. Sekian tazkirah untuk hari ini, wasalam"

look Damia Farisha bukan bagi ceramah kat murid-murid but dia bagi ceramah kat Tengku Aaron dengan girlfriends dia tuhh.. serius dia nii gila betulll..

tak rugi rasanya nak baca novel nii..best sangat , 10 bintang, **********