Khamis, 19 Disember 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum....

memandangkan bulan 12 adalah musim sekolah oleh itu zati dan keluarga akan berangkat ke kampung halaman mak zati iaitu di Taiping,Perak . Kali ini kami semua tak dapat balik ramai-ramai kerana kakak dan abang zati mula start belajar so balik kampung kali ini tak penuhlah kita macam biasa...

dah 2 hari duduk kampung mak zati esoknya kami ke kampung abah zati pula jaraknya taklah jauh sangat lain daerah jerr..so taklah susah sangat..lepastu esoknya kami ke IPOH untuk kenduri kahwin biasalah musim cuti ramai nak kahwin so anak kakak kepada abah zati nak kahwin so kami pun pergilahh...

inilah mak zati yang cantik, time ni kami bersiap untuk 
pergi rombongan ke rumah pengatin perempuan

meriah jugalah majlis dia apatah lagi ada karoke menyanyi sakanlah sepupu zati..menyanyi depan orang ramai.... satu perkara yang zati takkan pernah buat..ingat tu..
lepas 3hari majlis tuu.. zati balik kampung mak zati balik. nak tahu tak kebanyakkanya sepupu  zati semuanya kecil-kecil meh nak shere gambar diaorang yang comelnii...

 comel sangat diaorang nii.. zati suka sangat baby 

 pada 17/12 merupakan tarikh zati lahir so zati pun buatlah birthday. memandangkan zati kongsi tarikh dengan sepupu zati iaitu Haziq so kita oarang sambutlah sekali.dah memang adat kalau zati and family balik kampung mesti sambut birthday sekali...and ada satu kejadian yang berlaku sebaik saja majlis kecil-kecilan selesai.

waktu zati,atok,mak,mak uda,mak lang dan abg firdaus sedang seronok melayan drama KU CINTA KAU SEORANG . tiba-tiba terdengar bunyi 'PUNKKGG..PUNKGG..' lepas tu kamii semua terkejutlah 

atok: oiikk... bunyi babi bergaduh kot

then firdaus pun tengoklah.. kot2 apa2 terjadi pada sepupu2 kami yang seronok bermain kejar2 kat luar...beberapa minit kemudian sepupu zati ,IKA berlari masuk kerumah jerit..

ika: Mak Long, Pak Long, cepat cepat ada orang kena langgar dengan babi..CEPAT *dengan muka seriusnya..*

then cepat2 lah kami semua keluar tengok keadaan orang tuu...yang kena langgar dengan babi tu lelaki..habis muka dia berdarah then kaki dia pun tak boleh gerak . kesian.... lepastu mak lang pun try lah nak call penjaga dia .. lelaki tu cakap "tak nak, tak nak nanti mak marah" yelah macam mana tak marah moto dah masuk semak HABIS!!  beberapa minit kemudian ambullence pun datang... so harap dia ok ...
panjang pula entry kali ini hahaha... 

  SELAMAT BERCUTI KEPADA RAKAN BLOGGER 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan