Ahad, 2 Februari 2014

Yes!! Yes!! Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Cina.. pada semua yang berbangsa Cina.. cakap pasal Tahun Baru Cina nii.. zati nak share satu cerita yang berlaku di sekolah zati.. lagi beberapa hari nak menjelang tahun baru cina kelab persatuan bahasa cina buat satu aktiviti yang memang setiap tahun diadakan ..iaitu pemberian buah limau kepada kaum cina di sekolah zati..memandangkan ada 7 orang pelajar cina dikelas zati so apa yang mengujakan ialah rakan zati menerima banyak sangat limau... selepas waktu rehat aktiviti ini mula diberikan.. konsep pemberian limau ini ialah


 'SIAPA DAPAT BANYAK LIMAU DIA ADA RAMAI PEMINAT' 

itulah konsep yang zati tahu...
rakan zati yang duduk dihadapan zati ini menerima 3 buah bakul besar, 2 buah bakul kecil,lebih 20 biji limau.. LOOK.. banyak giler dia dapat , semua bakul tu berisi limau.. mesti ramai orang minat rakan zati ni .. maklumlah dia ni comel, peramah dan bijak orangnya..then budak-budak lelaki kelas zati ni dengan muka tak malunya minta buah limau orang ... zati pun minta lah juga 1 biji hehehe nak merasa..
alamak dah lari tajuk...

drama BKATC nii memang best dan kelakar.. tengok episode 1 dah start ketawa hehe..zati memang suka tengok lakonan Sharnaz Ahmad dia berlakon best sangat apatah lagi Nelydia Senrose berlakon lagilah semangat nak tengok cerita ni membuak .. sebenarnya zati tak minat nak tengok drama yang episode dia banyak tetapi untuk BKATC zati akan follow drama ni samapai episode 60...chaiyok!!!



so marilah ramai-ramai layan drama yang ditayang di astro setiap hari isnin - rabu jam 10 malam ..
zati pun baru jer habis layan novel dia memang best baca tentang hidup Jebat dan Mastura..walaupun Jebat ada kisah silam yang buruk Mastura tetap terima dia.. ahhh best sangat novel karya E-ManSufi...

p/s: Drama Ariana Rose lagi 2 minggu nak tamat so jom layan drama ni gak..

4 ulasan:

  1. Haa, best kan drama BKATC. Masa baca novel dia dulu pun saya dah harap2 sangat jadi drama. Bila dah jadi drama, happy le saya! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup!!! kelakar giler drama nii tengok telatah Mastura hehehe..cute sangat

      Padam
  2. teringat masa kat sekolah dulu dengan konsep yg sama...if student yg incharge dtg ke kelas hati mesti dupdap2 risau xdpt... hahahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. tapi hadiah limau nii untuk murid cina jerr.. orang yang bagi limau nii..disertakan kad comel bentuk kepala kuda kat belakang boleh tulis ucapan..

      Padam