Sabtu, 12 April 2014

Amali Pengurusan Jenazah 2014

Assalamualaikum...

Okey untuk entry seterusnya..zati nak cerita perihal aktiviti yang zati buat pada hari jumaat 11/4/2014...lepas habis sekolah zati balik rumah then baru datang sekolah balik nak ikut kursus nii... serius BEST SANGAT ceramah oleh Ustazah Norela.. first time dengar suara dia terus suka sangat lembut dan sweet sangat suara dia ibarat aiskrim magnum yang sedang mencair...ahhh best sangat.


macam biasa aktiviti di mulakan dengan bacaan doa dan perkenalan diri, ustazah ni juga ditemani oleh pensyarah dari kolej komuniti masjid tanah. then ustazah memberitahu bahawa sebagai umat islam kita hendaklah selalu mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian * means kita kena tahu apa yang patut kita lakukan apabila kita melihat ada orang lain yang sedang berada dalam kematian*...

seterusnya ustazah beritahu..barang-barang kelengkapan untuk memandikan dan menkafankan jenazah antaranya ialah :
1) kain putih     2) kapas     3) kapur barus     4) 1 botol air mawar
5) serbuk cendana     6) minyak atar     7) tikar     8) sabun 
9)putik kapas


lepastu  sebelum kita nak mandikan jenazah kita kena potang kain kafan dahulu..antara caranya ialah :
1) ukur panjang mayat dari kepala hinggan hujung kaki ( tali pengukur boleh diambildari tepi kain kafan)
2) ukuran panjang mayat di atas hendaklah dilebihkan sedikit sepanjang selilit lutut.
3) potong kain ikut panjang tali pengukur tadi
4) sediakan 3 atau 5 tali pengikat yang diambil dari tepi kain kafan
6)potong  kain ikut ukuran sepanjang 5 helai, 3 helai untuk kafan, 1 helai untuk mandi dan 1 helai untuk kain pengelap.
7) untuk mayat perempuan ditambah lagi dua helai dalam ukuran yang sama untuk dijadiakan penutup  diantara pusat  dengan lutut dan kepala.

lepas siap potang kain baru kita mandikan mayat..tempat mandikan mayat mestilah terlindung daripada pandangan oarang ramai dansedikanlah alat-alatnya...lepas siap mandi baru kita kafan kan dia.. ni ada beberapa gambar yang zati tangkap waktu kursus amali tuu..




p/s : Tuhan yang menentukan hidup dan mati seseorang untuk menguji siapakah di antara mereka yang paling baik amalanya dan Dia Maha Berkuasa dan Maha Pengampun



2 ulasan:

  1. teringat masa amali kat sekolah dulu...skrg tak praktik dah lupa -__-''

    BalasPadam
  2. wah bagusnya..saya dulu xada yg khusus untuk perempuan..campur ngn laki and banyak kelas..jadi hehe..memang x fokus la...sebab ramai

    BalasPadam