Khamis, 19 Mac 2015

Latihan Amali Sains SPM

Assalamualaikum...

Hari isnin dan selasa masa cuti sekolah ada latihan amali sains untuk SPM . Alhamdulilah zati dapat ikut amali tu dengan baik...amali sains?.. apa tu? sebenarnya amali sains ni diganti kan dengan kertas 3 untuk subjek biologi,kimia dan fizik , kalau dulu calon SPM jawab dalam kertas jerr untuk kertas 3 tapi tahun ni dia tukar jadi amali.. adooiii.. amali ni bukannya buat berkumpulan tapi sorang-sorang, cuba bayangkan bila kita kena masuk makmal sains buat eksperimen sendiri.. boleh termenung  dibuatnya..hehehe.Mari zati ceritakan tentang latihan amali yang sekolah zati buat untuk SPM ni,

KIMIA
yang ini eksperimen pertama,dalam makmal tu 1 meja 4 orang (sepatutnya 1 meja 2 orang sahaja) 2 orang akan kongsi radas(kongsi? sebab sekolah tak cukup radas),eksperimen akan dibuat bergilir-gilir, untuk 2 soalan, jadi zati kongsi dengan kawan zati.. 
sebelum mula jawab soalan, kita kena cek radas yang dia bagi cukup atau tidak, pastikan radas tu tak rosak dan kita kenang rancang ekperimen selama 15 minit.

Untuk latihan ni soalan pertama ialah mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas terhadap tindak balas.. ok bagus soalan ni dia bagi prosedur, senang sikit nak jalankan eksperimen.. tapi eksperimen untuk soalan 1 ni memang senang nak dapat keputusan, dah selesai buat eksperimen kena jawab soalan yang diberi.

Soalan 2 pula kajian untuk mengenalpasti kation dan anion dalam larutan diberi. ok paling penting disini larutan yang dia bagi takda nama so kita kena tahulah nama dia.

BIOLOGI

untuk yang seterusnya ialah subjek biologi, Soalan 1, mengkaji kepekatan Vitamin C dalam jus buah.
ok, jujur zati cakap susah betul nak dapat keputusan untuk ujian ni, sampaikan 4x zati buat masih tak jadi.. so zati geram sangat :(

Soalan 2, mengkaji kesegahan batang sayur. dia ada kaitan dengan Hipotonik dan Hipertonik.. dua-dua eksperimen ni zati tak sempat nak selesaikan, nak jawab soalan dia pun tak sempat.. itulah sibuk sanagt buat ujian vitamin c yang tak dapat-dapat tuu huhhh~ ~ ~

FIZIK

 
untuk subjek Fizik pula Soalan 1, dia ada kaitan dengan inersia, Soalan 2... zati tak ingat apalahh hehehe..sory..

Jadi kesimpulannya, Zati ni cuai sebab tak tengok jam masa sepatutnya selesaikan eksperimen, kemahiran sains pun kurang sebab tak tahu cara nak guna radas dengan betul, hishh..hishhh banyak benda kena dibaiki nii.
Ok sampai sini zati nak berkongsi cerita pasal amali sains... kalau tak faham apa yangzati cerita, buat-buat faham jelahhh hehehe.

Sekian, Nur Nadheera

5 ulasan:

  1. Dah stat buat amali? Skolah ayu belum lagi,btw msti syok kan. Goodluck dear.

    BalasPadam
  2. Dah lama tinggal dunia eksperimen2 ni. Hehe...rindu plak.
    Singgah sambil klik nuff Sensodyne (^^,)

    Regards,
    Yana Afi Mohamed

    BalasPadam
  3. hehe. sy pn dlu buat eksperimen vit c jugak. but masa form 4 :)

    BalasPadam
  4. uhhh , mencabar nih eksperimen kena buat sendiri . dah lain skrg . rindu nak buat semua tu . huhu

    BalasPadam
  5. ok bukan budak sains tulen...so zzzz...je mampu....paham x paham no 2..sorry late blogwalking.....good luck for spm

    BalasPadam