Jumaat, 25 Oktober 2013

Program Lepas Peperiksaan (PROLEPS)

assalamualaikum...

1 minggu sudah berlalu di sekolah macam-macam aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah untuk pelajar PMR..aktiviti dia wahh..sangat best moh..sini zati ceritakan :)

go 1st Day (21/10/2013)
pagi tuu..macam biasa lepas selesai perhimpunan kami semua ke dewan untuk lakukan aktiviti sukan...aktiviti sukan apa? ha..poco-poco..hehehe kelakarkan...leader untuk aktiviti ini cikgu kaunseling iaitu Encik Sabri..macam biasalah aktiviti poco-poconya kan lagu mesti ade..emm best sangat dapat menari dengan kengkawan :)

 tengah hari tu pula ada ceramah daripada PDRM, Masjid Tanah. Tajuk ceramahnya ialah 'Jenayah Kepada Remaja'. moh zati kongsikan apa yang zati dapat dalam aktiviti tu.. Definisi jenayah ialah perbuatan atau kejahatan seperti mencuri, merompak atau membunuh. Contoh salahlaku remaja yang sering dilakukan ialah lumba haram, vandalisme, gangsterasme,rokok,ponteng sekolah, penyalahan penggunaan dadah..

go 2nd Day (22/10/2013)
esoknya pulak pagi tuu diadakan lawatan ke KUIM (Kolej Universiti Melaka) dekat jerr dengan kawasan sekolah..dalam ceramah tu Encik Hafiz ada cakap yang KUIM ini mempunyai 35 program termasuk Diploma dan Ijazah... lepas ceramah kami makan di kantin emm makanan dia sedap sangat 
pastu kami melawat sekitar KUIM antaranya ialah Perpustakaan Musyi dan Auditerium KUIM. sebenarnya Encik Hafiz cakap nak bawak ke fakulti tapi masa tu diaorang exam ..
pihak kuim juga beri cenderahati and gambar kami masuk surat khabar Melaka Hariini
tapi gambar zati takde huhu duduk hujung sekali pastu dipotong 



 3rd Day (23/10/2013)
pagi keesokan harinya diadakan sekali lagi poco-poco tapi tariannya lain sikit lebih laju dan rancak tapi zati takdapat nak ikut step dia laju sangat hhuuh geram..
tengahari pulak ada ceramah lagi oleh Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru Melaka. tajuk dia 'Rahsia Remaja'. maksud remaja ialah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa


 4th Day (24/10/2013)
aktiviti ini laa paling seronok iaitu jalan-jalan ..yeah!! ..tapi sayang masa nak bergerak sahabat baik zati tak dapat ikut sebab dah penuh kesian dia. Kami akan berjalan sekitar Bandaraya Melaka sahaja first tempat ialah Zoo Melaka emm bestlah sangat dapat tgk haiwan hahaha..
tengah hari kami pergi Mahkota Prade untuk jalan-jalan then zati dan kawan2 akan ke tempat wajib bila pergi shooping ialah POPULAR ..gedung buku  beli novel 'Kupujuk Hati' emm seronok sangat lepas selesai pergi medan selera kawan aku nak makan pulak ...hehehe yelah dah laparkan..


 5th Day (25/10/2013)
ini pun aktiviti paling seronok iaitu aktiviti sembelihan huuuu seram and takut. kami semua akan sembelih burung puyuh..oppss bukan semua ya siapa yang berani nak sembelih jerr..kawan aku tirah dan farah berani so zati tengok jerr dari jauh hehehe..lepas siap sembelih zati pulak buat kerja iaitu bersihkan burung puyuh tu untuk direbus bagi lembutkan bulunya untuk dicabut...emm lembut jer badan dia bila sentuh jerr burung puyuh tuu. lepas tu potong kepala dan kaki dia then basuhkan balik and time to goreng-goreng  ...

 
 jadi inilah hasilnya emm...sedap kalau cecah dengan sos

selesailah sudah aktiviti PROLEPS untuk kali ini bye 
jangan lupa tinggalkan comment korang 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan