Ahad, 28 Jun 2015

KURMA : Tamar dan Ruthab

Assalamualaikumm... Salam Ramadhan semua.. hehe..



Hari ini Zati nak tulis pasal KURMA.. minggu lepas masa kelas pendidikan islam, Ustaz ada cakap yang kurma terbahagi kepada dua jenis iaitu Tamar dan Ruthab.. Ok.. kalau Tamar , Zati biasalah dengar tapi kalau Ruthab ,Zati jarang dengar..

Ustaz ada kata yang kalau kita bersahur dengan Tamar , kita dapat pahala. Tetapi kalau kita berbuka dengan Tamar kita tak dapat pahala.. Kenapa?

Sebab Rasulluah s.a.w beliau bersahur dengan Tamar iaitu kurma kering dan berbuka dengan Ruthab iaitu kurma basah ..

Ohh.. macam itu rupanya.. Ok zati, Faham :)

Tamar (kurma kering)

*Sesuai dimakan sewaktu bersahur kerana ia mampu membekalkan tenaga yang lama untuk sepanjang hari kita berpuasa.Prosesnya didalam badan lambat supaya kita bertenaga sepanjang hari..

Ruthab (kurma basah)

*Sesuai dimakan sewaktu berbuka, kerana ia mampu membekalkan tenaga dengan cepat atau ia mudah diproses didalam badan . Jadi kita dapatlah solat maghrib dengan bertenaga..

Anas B. Malik radhiyallahu'anhu berkata:

"Bahawa Nabi SAW berbuka puasa sebelum solat dengan beberapa biji ruthab , jika tiada ruthab maka beliau berbuka dengan beberapa biji tamar, jika tiada tamar maka beliau berbuka dengan beberapa tegukan air sejuk" (Surah at tarmizi no 696)

SUMBER HADIS : ATSAR

P/S: korang suka kurma tak?

Sekian, Nur Nadheera

3 ulasan:

  1. oohh so kurma yusoff taiyoob tu ruthab la kan? sebab dia macam basah basah sikit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya.. Yussof Taiyoob ada jenis kurma basah.. mungkin ~~

      Padam
  2. Oh! baru Mrs. A tahu.
    Thank you for sharing.
    Tetapi tau tak berapa biji yang sepatutnya dimakan?

    BalasPadam